Sunday, 20 May 2012

Karangan Zoo Negara...


                   Pada musin cuti sekolah yang lalu, kami sekeluarga pergi makan angin di Zoo Negara
dengan menaiki bas. Kami sekeluarga bersarapan di dalam bas dengan bekalan yang kami bawa. Apabila tiba di sana, kami berehat sebentar di bawah pokok yang teduh sambil menunggu orang sedang beratur untuk membeli tiket.


                   Sementara menunggu, kami melihat terdapat Burung Bangau yang sedang berkeliaran di luar kawasan Zoo Negara. Apabila kami selesai membeli tiket, kami terus masuk ke dalam zoo. Seterusnya, saya melihat beberapa orang sedang bergambar dengan haiwan-haiwan di dalam zoo dengan besar hati.
     
                  Saya melihat ada seorang lelaki sedang membaca surat khabar sambil duduk di atas kerusi yang tersedia di kawasan itu. Selain itu, saya melihat ada seorang perempuan sedang bersiar-siar sambil menyorong anaknya di dalam kereta sorong bayi.


                   Selain itu, saya juga dapat melihat seekor zirafah yang sedang bergaya untuk diambil gambar oleh salah seorang pelawat di situ. Ada seekor gajah yang sedang berdiri sambil mengajar anaknya sesuatu.
Demikian itu, ada juga seorang lelaki yang ringan tulang sedang bersenam di kawasan itu.


                    Apabila kami selesai melawat sekeliling Zoo Negara, kami sekeluarga makan tengahari di restoran yang terletak di kawasan itu sambil berbual-bual tentang pengalaman kami dapat datang ke situ.
Akhir sekali, kami sekeluarga angkat kaki selepas melawat Zoo Negara. Sekian.

No comments:

Post a Comment